kmubiin / suaikata

Koleksi ringkas kosa kata
Other
2 stars 1 forks source link

Penyelesaian selisih terjemah #13

Closed kmubiin closed 6 years ago

kmubiin commented 6 years ago

Berkaitan dengan #10

Isu ini akan menerangkan cara menambah terjemah lain supaya menjadi dua salinan, dan cara membuat pilihan terjemah salah satu daripada dua salinan dalam helaian rebak.

A. Menambah terjemah lain menjadi dua salinan:

B. Membuat pilihan terjemah salah satu daripada dua salinan:

^1: Langkah ini dilakukan sama ada melalui perbincangan (kata sepakat M dan A) atau tanpa perbincangan (keputusan sendiri M atau A).

^2: Langkah ini sebaiknya dilakukan untuk lajur sendiri. Elakkan mengisi salinan sama kerana ini akan mengelirukan keadaan terjemah. Jika ada salinan sama yang diisi bulat-bulat, maka M akan kosongkan terjemah M sendiri untuk leraikan keadaan.

Perbincangan dalam talian boleh dibuat melalui:

Sekalipun perbincangan tidak berlaku dalam jalur isu ini, M mungkin akan tinggalkan komen berkaitan untuk menyelidik kosa kata yang ada dua salinan terjemah.

kmubiin commented 6 years ago

Penggunaan tanda pagar

Berkenaan penerangan di atas:

B. Membuat pilihan terjemah salah satu daripada dua salinan:

[...] Jadi, A akan mengisi tanda pagar # di ruang 'terjemah A' sendiri.^2 [...]

Apa yang diterangkan sebelum ini adalah penyelesaian yang ringkas. Sebenarnya, tanda pagar memberi dua cara penyelesaian. Lihat keadaan asal, penyelesaian 1 dan 2 yang ditunjukkan di bawah.

Keadaan asal:

inggeris ke melayu di terjemah M terjemah A
ambivalence 1 [eh, dua salinan?] X2 belah bagi perasaan tak tentu
...

Penyelesaian 1:

inggeris ke melayu di terjemah M terjemah A
ambivalence 1 belah bagi M+ belah bagi #
...

Penyelesaian 2:

inggeris ke melayu di terjemah M terjemah A
ambivalence 1 belah bagi M+ belah bagi #perasaan tak tentu
...

Kedua-dua penyelesaian 1 dan 2 menukarkan tanda 'X2' kepada 'M+' apabila terjemah A diabaikan. Yang membezakan antara dua cara penyelesaian ini adalah sama ada terjemah A dipadam atau tidak.

Formula dalam helaian rebak telah ditulis untuk menguji sama ada tanda pagar # didapati pada huruf pertama di ruang terjemah atau tidak. Apa-apa teks selepas itu tidak menjejaskan pemilihan.

M akan sentiasa gunakan penyelesaian 2.

Sebabnya, terjemah yang dicadangkan pada asalnya masih boleh dibaca untuk semakan semula. Dengan kata lain, kenapa salah satu terjemah telah dipilih, boleh diketahui melalui perbandingan kedua-dua terjemah tanpa perlu padam terjemah yang satu lagi.

Kesimpulan: Penyelesaian 1 adalah yang ringkas dan mudah diikuti. Penyelesaian 2 adalah lebih baik untuk membantu semakan semula.

kmubiin commented 6 years ago

Selisih terjemah setakat malam 25 April (Rabu)

Kemas kini baharu menukarkan semua terjemah tunggal menjadi terjemah dua salinan.

Kini sebanyak 6.8% atau 23 baris kosa kata ada dua salinan terjemah (perubahan: +2) dan jumlah komen dalam helaian rebak ialah 24 (perubahan: -3).

Berikut adalah penyelesaian sementara oleh M:

Perbincangan boleh diadakan semula dan sebarang perubahan akan dikemas kini dan diterbitkan semula sebagai keluaran 1.1 pada bila-bila masa kemudian.

Jadi A tidak perlu risau; Projek ini tetap berjalan selagi M lapang.

kmubiin commented 6 years ago

Selisih terjemah setakat pagi 26 April (Khamis)

Semua terjemah dua salinan telah ditukarkan menjadi satu salinan untuk sementara waktu.

Dengan kata lain, terjemah A telah diabai menggunakan tanda soalan ? dan semua tanda 'X2' telah berubah menjadi 'X1'. Bilangan terjemah A dan M tidak berubah. Hanya terjemah M akan digunakan sehingga perbincangan bersama A diadakan pada bila-bila masa kemudian.

Selisih terjemah dianggap selesai dan isu ini boleh ditutup.