kmubiin / suaikata

Koleksi ringkas kosa kata
Other
2 stars 1 forks source link

Terjemah pendua dalam daftar PSAT #23

Closed kmubiin closed 5 years ago

kmubiin commented 5 years ago

Mungkin terlepas pandang, baru sedar isu ini sekarang.

Pada masa ini, ada dua kata masukan Inggeris yang mengandungi terjemah yang sama (semak daftar PSAT dan buat carian menggunakan kata kunci "percanggahan"):

Hasil rujukan kamus ekabahasa di tangan menunjukkan perkataan 'discord' dan 'dissent' mempunyai makna yang hampir sama tetapi huraian yang berbeza. Perbezaan tersebut wajar dibawakan daripada bahasa asal kepada bahasa terjemah.

Terjemah pendua tersebut akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Terbitan dalam rancangan: 1.Y.0 (mana-mana terbitan siri pertama)


12 Februari 2019: Semak semula makna utama untuk kedua-dua kata masukan Inggeris:

Bandingkan terjemah sedia ada dengan terjemah bahasa asal:

Takrif "keadaan bertentangan atau berlawanan" mungkin boleh merangkumi takrif "tidak bersetuju". Namun begitu, tidak ada persamaan antara kedua-dua takrif ini.

24 Februari 2019: Cadangan terjemah semula.

discord - percanggahan (baris 115): Bilangan takrif adalah kekal: satu sahaja. Terjemah semula "discord" ialah 1. perselisihan.

dissent - percanggahan (baris 122): Bilangan takrif akan menjadi dua: takrif untuk (verb) dan takrif untuk (noun). Terjemah semula "dissent" ialah 1. membantah dan 2. pembantahan.

Takrif 2 boleh terkeliru: Kamus Dewan Edisi Ketiga menyenaraikan dua kata masukan yang hampir sama ejaan tetapi membawa makna yang berbeza.

Pilihan terjemah untuk takrif 2 "dissent" adalah yang menggunakan huruf 'm'.

Pembetulan akan dibuat untuk terbitan imbuh ~1.3.0~ 1.2.2 nanti.