kmubiin / suaikata

Koleksi ringkas kosa kata
Other
2 stars 1 forks source link

Kelas daftar terkumpul #29

Closed kmubiin closed 5 years ago

kmubiin commented 5 years ago

Isu #28 berkaitan dengan hal "daftar" sahaja dibawakan semula dalam isu baru ini.

Kelas asal dan sekarang:

daftar/
|__ 101
|__ regu
|__ umum

Kelas 'regu' dan 'umum' adalah kelas-kelas yang dicipta pada masa asal. Selepas itu, kelas '101' telah dicipta sejak terbitan 1.4.0 bagi mengumpul daftar tanpa makna.

Oleh sebab sebarang daftar tanpa makna adalah hak cipta tidak terpelihara, maka kelas '101' adalah kelas bebas yang tidak mengambil kira siapa yang mengusahakannya. Namun begitu, sebarang sumbangan melalui arahan git atau melalui GitHub akan menyimpan rekod sumbangan seperti biasa.

Kelas dalam rancangan:

daftar/
|__ 101
|__ dwi <= regu
|__ eka <= regu
|__ umum

Semua daftar regu akan dipindahkan ke kelas baharu 'eka' atau 'dwi'. Kedua-dua kelas mengambil nama imbuhan daripada perkataan 'ekabahasa' dan 'dwibahasa'. Yakni, kelas-kelas yang mengumpul daftar satu bahasa dan daftar dua bahasa.

Ketidaksamaan: Berbeza dengan isu sebelum ini, kelas 'umum' tidak akan berubah dan akan kekal seperti sekarang. Kelas 'umum' adalah kelas tunggal yang akan mengumpul daftar bukan regu dan daftar yang diusahakan oleh siapa-siapa sahaja secara sukarela, termasuk mana-mana ahli projek ini yang mengusahakan daftar dengan sendiri.

Pada masa ini, belum ada daftar ekabahasa yang diusahakan oleh projek suaikata. Mungkin satu contoh daftar satu bahasa akan sengaja dicipta supaya folder 'eka' boleh didapati di laman GitHub (ini kerana folder kosong tidak dibenarkan dalam repositori git dan GitHub).

Contoh kategori daftar ekabahasa: sinonim (kata sama), antonim (kata lawan), tesaurus (kata berkaitan, atau kata sama tetapi tidak serupa)


Senarai tugas dalam rancangan:


Kesimpulan: Kelas 'regu' akan dimansuh dan daftar-daftar berkenaan akan dipindah dari kelas 'regu' ke kelas 'eka' atau 'dwi'.

Terbitan dalam rancangan: 1.4.1