kmubiin / suaikata

Koleksi ringkas kosa kata
Other
2 stars 1 forks source link

Pelesenan projek #3

Closed kmubiin closed 6 years ago

kmubiin commented 6 years ago

Projek ini perlu ada lesen yang sesuai untuk kebaikan bersama. Pemilihan lesen untuk Projek R4 perlu dibincang kerana lesen tersebut akan menentukan syarat penggunaan projek.

Definisi Pelesenan^1:

^1: Ejaan 'pelesenan' yang digunakan oleh tajuk isu ini adalah betul. Boleh semak dengan Kamus Dewan atau carian umum di PRPM. Tetapi salah satu jawapan khidmat nasihat di PRPM ada membezakan antara 'pelesenan' dan 'perlesenan'. Mengelirukan.

Senarai panduan pelesenan di pautan luar:

^2: Di bawah tajuk soalan, Can I combine material under different Creative Commons licenses in my work?, ada satu jadual kesesuaian sumber pelbagai lesen. Ini akan disalin semula sebagai jadual menggunakan teks Markdown, dan akan ditinggalkan sebagai komen kemudian.

Isu ini berkait rapat dengan hak cipta. Sumber maklumat dalam bahasa Melayu agak terhad dan menyukarkan perbincangan. Untuk isu ini, boleh tinggalkan komen dalam bahasa Inggeris.

English may be used for discussing this issue.

kmubiin commented 6 years ago

Perbandingan lesen-lesen sumber terbuka

Jadual 1: Salinan semula imej CC_License_Compatibility_Chart.png menggunakan teks Markdown:

PDM CC0 CC-BY CC-BY-SA CC-BY-NC CC-BY-ND CC-BY-NC-SA CC-BY-NC-ND
PDM O O O O O X O X
CC0 O O O O O X O X
CC-BY O O O O O X O X
CC-BY-SA O O O O X X X X
CC-BY-NC O O O X O X O X
CC-BY-ND X X X X X X X X
CC-BY-NC-SA O O O X O X O X
CC-BY-NC-ND X X X X X X X X

Jadual 2: Salinan semula jadual Recommended conformant licenses menggunakan teks Markdown:

License Domain By SA Comments
CC0 Content, Data N N Dedicate to the Public Domain (all rights waived)
PDDL Data N N Dedicate to the Public Domain (all rights waived)
CC-BY-4.0 Content, Data Y N
ODC-BY Data Y N Attribution for data(bases)
CC-BY-SA-4.0 Content, Data Y Y
ODbL Data Y Y Attribution-ShareAlike for data(bases)

These licenses conform to the Open Definition and are:

  • Reusable: Not specific to an organization or jurisdiction.
  • Compatible: Must be compatible with at least one of GPL-3.0+, CC-BY-SA-4.0, and ODbL-1.0. Permissive/attribution-only licenses must be compatible with all 3 of the aforementioned licenses, and at least one of Apache-2.0, CC-BY-4.0, and ODC-BY-1.0.
  • Current: Widely used and generally considered best practice by a broad spectrum of projects and actors within the domains of applicability of the license.

Nota 1: Public Domain Mark (PDM) dan Unlicense menggunakan logo yang hampir sama (huruf 'C' yang mempunyai garis serong melalui titik tengah). Untuk perbandingan lesen domain awam, sila lihat Public domain equivalent license di Wikipedia (bahasa Inggeris sahaja).

Nota 2: Untuk kemudahan salinan, saya juga telah tampal ~salinan jadual 1 di GitHub Gist~ terpadam

Nota 3: Untuk kemudahan salinan, saya juga telah tampal ~salinan jadual 2 di GitHub Gist~ terpadam

raafsmakmal commented 6 years ago

Bagi saya, MIT dan Apache 2.0 sudah memadai.

kmubiin commented 6 years ago

Setahu saya, MIT dan Apache adalah lesen untuk atur cara (source code) dan tidak sesuai untuk data. Pelesenan sebenarnya bergantung pada tujuan dan matlamat projek. Bincang dulu isu lain yang lebih mudah.

kmubiin commented 6 years ago

Cadangan M untuk pelesenan projek

Berdasarkan kajian projek tercipta, kebanyakan projek tidak menghiraukan isu pelesenan. Penggunaan lesen adalah berbeza dan tidak ada kecenderungan terhadap mana-mana satu lesen yang disarankan.

Bagi saya, MIT dan Apache 2.0 sudah memadai.

Lesen MIT dan Apache meletakkan syarat atribusi (attribution) dan lesen tersebut sesuai untuk atur cara (source code). Untuk pelesenan data atau kandungan bukan atur cara (data or content), lesen yang disarankan adalah CC-BY-4.0 dan ODC-BY.

Setakat apa yang saya baca dan faham:

^1: Pelesenan kandungan (data and content) dinyatakan secara umum oleh laman pertimbangan di Creative Commons iaitu "CC licenses are appropriate for all types of content you want to share publicly, except software and hardware." dan dinyatakan secara terangan oleh jadual saranan di Open Definition dan panduan pelesenan untuk bukan atur cara di Choose a License.

^2: Misalnya, lesen data atau pangkalan data adalah ODC-BY tetapi, sebagai contoh, fail imej yang terdapat dalam pangkalan data boleh menggunakan lesen lain yang membawa syarat tambahan.

Lagi contoh penggunaan lesen:

Tuntasnya, CC-BY-4.0 adalah lesen yang dicadangkan untuk Projek R4. Syarat penggunaan adalah selari dengan lesen MIT dan Apache, tetapi lesen CC-BY-4.0 adalah lebih sesuai dan terkenal untuk data.

Pembetulan: Cadangan A -> Cadangan M. Silap penama, maaf!

raafsmakmal commented 6 years ago

Saya setuju "Tuntasnya, CC-BY-4.0 adalah lesen yang dicadangkan untuk Projek R4. Syarat penggunaan adalah selari dengan lesen MIT dan Apache, tetapi lesen CC-BY-4.0 adalah lebih sesuai dan terkenal untuk data."