Isu ini adalah isu berkecuali. Tag yang tidak bermakna harus dibuang.
Selain tag asalan (0.0) dan tag rujukan bermakna (1.0, 1.4.1, 1.6.0, 2.20.0731, 2.20.1112), semua tag yang tidak dinamakan boleh dibuang. Oleh itu, 25 tag sekarang akan dikurangkan menjadi 6 tag sahaja. Hasilnya, butir perubahan yang penting boleh disemak dengan lebih cepat tanpa menggunakan garis perintah git log dan maklumat terbitan dapat dipermudah.
Pengesahan: Tag adalah sekadar rujukan mudah bagi petunjuk 7-aksara bagi mana-mana sumbangan dalam sejarah git. Misalnya, tag 1.2.0 ditandakan pada sumbangan 212ce76. Memadam tag tidak akan memadam sumbangan itu sendiri.
Pada masa ini, butir perubahan telah disalin semula sebagai data dan kini disimpan bersama maklumat terbitan di docs/_data/terbit.yml. Butir perubahan bagi semua tag yang tidak dinamakan boleh dibuang atau dipindah salin ke ruang terbitan seterusnya.
Sebagai contoh, daftar kata dua-huruf Inggeris (en2) dan daftar kata kerap unik (kerapu) telah dimuat sebagai daftar baharu dalam terbitan 1.4.6. Apabila tag 1.4.6 dibuang, butir perubahan 1.4.6 dalam data terbit boleh dipindah salin ke tag seterusnya yang mewarisi perubahan ini, iaitu 1.6.0, yakni salah satu tag rujukan bermakna yang dikekalkan.
Cubaan awal mendapati maklumat terbitan dapat dipermudah menjadi kurang separuh bilangan baris, iaitu hampir 400 baris asal menjadi 190 baris sahaja.
Terbitan dalam rancangan: semasa
7 Dis: Semua tag tidak bermakna telah ditapis dan dibuang melalui garis perintah seperti berikut:
9 Dis: Selesai permudah maklumat terbitan di docs/_data/terbit.yml, pengurangan baris -62% (396 => 150 baris) selepas memilih salin butir penting dan yang masih laku.
Isu ini adalah isu berkecuali. Tag yang tidak bermakna harus dibuang.
Selain tag asalan (0.0) dan tag rujukan bermakna (1.0, 1.4.1, 1.6.0, 2.20.0731, 2.20.1112), semua tag yang tidak dinamakan boleh dibuang. Oleh itu, 25 tag sekarang akan dikurangkan menjadi 6 tag sahaja. Hasilnya, butir perubahan yang penting boleh disemak dengan lebih cepat tanpa menggunakan garis perintah
git log
dan maklumat terbitan dapat dipermudah.Pengesahan: Tag adalah sekadar rujukan mudah bagi petunjuk 7-aksara bagi mana-mana sumbangan dalam sejarah git. Misalnya, tag 1.2.0 ditandakan pada sumbangan 212ce76. Memadam tag tidak akan memadam sumbangan itu sendiri.
Pada masa ini, butir perubahan telah disalin semula sebagai data dan kini disimpan bersama maklumat terbitan di
docs/_data/terbit.yml
. Butir perubahan bagi semua tag yang tidak dinamakan boleh dibuang atau dipindah salin ke ruang terbitan seterusnya.Sebagai contoh, daftar kata dua-huruf Inggeris (en2) dan daftar kata kerap unik (kerapu) telah dimuat sebagai daftar baharu dalam terbitan 1.4.6. Apabila tag 1.4.6 dibuang, butir perubahan 1.4.6 dalam data terbit boleh dipindah salin ke tag seterusnya yang mewarisi perubahan ini, iaitu 1.6.0, yakni salah satu tag rujukan bermakna yang dikekalkan.
Cubaan awal mendapati maklumat terbitan dapat dipermudah menjadi kurang separuh bilangan baris, iaitu hampir 400 baris asal menjadi 190 baris sahaja.
Terbitan dalam rancangan: semasa
7 Dis: Semua tag tidak bermakna telah ditapis dan dibuang melalui garis perintah seperti berikut:
9 Dis: Selesai permudah maklumat terbitan di
docs/_data/terbit.yml
, pengurangan baris -62% (396 => 150 baris) selepas memilih salin butir penting dan yang masih laku.