mujahidfa / docs-ms

📄 Bahasa Melayu/Malay translation for Vue docs
https://vuejs.org
MIT License
0 stars 0 forks source link

[Baca ini] Panduan terjemahan istilah dalam Bahasa Melayu #1

Open mujahidfa opened 1 year ago

mujahidfa commented 1 year ago

[Baca ini] Panduan terjemahan istilah dalam Bahasa Melayu

Sila baca panduan ini sebelum menulis terjemahan.

Anda juga boleh rujuk di sini untuk mengumpulkan terjemahan untuk istilah-istilah yang terdapat dalam dokumentasi Vue. Anda dipersilakan untuk memberi cadangan untuk penambahbaikan terjemahan ataupun terjemahan istilah baru.

Panduan

Antara panduan untuk menterjemahkan perkataan dan istilah dalam Vue:

  1. Rujuk DBP sebagai sumber utama. Tekan pautan belah kanan seperti Istilah Bahasa Melayu, Kamus Teknologi Maklumat dan sebagainya untuk mendapatkan konteks yang paling tepat dengan istilah yang ingin diterjemah.
  2. Pilih hanya satu terjemahan daripada DBP yang paling kena dan bunyinya tidak janggal pada telinga. Ingat, terjemahan tersebut harus dekat dengan rakyat.
  3. Sekiranya mampu, elakkan daripada menggunakan terjemahan yang merupakan kata pinjam terus daripada Bahasa Inggeris. Contohnya, untuk kata effective, jangan gunakan efektif, tetapi gunakan berkesan. Untuk efficient, jangan gunakan efisien, tetapi gunakan cekap.
  4. Sekiranya tidak terdapat perkataan lain yang lebih sesuai, barulah guna kata pinjam Bahasa Inggeris. Contohnya, Component -> Komponen, Documentation -> Dokumentasi.
  5. Kurangkan penggunaan imbuhan sekiranya penambahan imbuhan tersebut boleh menambah kekeliruan. Contohnya, rendering boleh diterjemah secara terus kepada pengemasgabungan, tetapi istilah yang dipilih ialah kemas gabung untuk memudahkan pemahaman.
  6. Dalam menterjemah sesebuah frasa ataupun ayat, jangan terjemah bulat-bulat mengikut perkataan. Terjemah frasa atau ayat secara keseluruhan. Kita tak nak terjemahannya bunyi macam Google Translate. Ingat, yang paling penting, pastikan bunyinya kena dengan telinga kita mengikut laras Bahasa Melayu.
  7. Gunakan gaya bahasa yang berada di antara formal dan pasar. Kita nak ayat tersebut tidak berbunyi seperti kitab dan buku teks tebal sampai susah nak faham, tetapi pada masa yang sama kita nak ayat tersebut kekalkan profesionalisme laras bahasa dokumentasi ini. Apapun, yang paling penting, pastikan ayat tersebut senang faham dan mudah dihadam oleh orang ramai.
  8. Untuk istilah yang juga merupakan nama fungsi atau API tersebut, kekalkan namanya. Ini untuk memastikan istilah tersebut senang dirujuk pada contoh kod dalam dokumentasi ini. Pada masa yang sama, letakkan maksudnya dalam kurungan. Contoh, onMounted (ketika dipasang), computed (terhitung). Gunakan peraturan ini secara sederhana dan jangan kekalkan perkataan asalnya terlalu kerap jika mampu.

Terjemahan

(?) menandakan kurang pasti akan terjemahan yang dipilih. Silakan komen dibawah cadangan terjemahan anda dan penambahan istilah baru. Terima kasih!

English Bahasa Melayu
Adoptable Mampu diserap
Attribute Atribut (guna BI kerana $attrs)
Bound Ikat
Browser Pelayar
Build Bina
Build step Langkah bina
Build tools Alat bina
Command line Garis perintah
Component Komponen
Computed Terhitung
Created Dicipta
Declarative Penyataan
Documentation Dokumentasi
Dependency Tanggungan
Deployment Pasang atur
Directory Direktori
Event listener Pendengar peristiwa
Extension Penambah
Feature Ciri
Framework Kerangka
Function Fungsi
Hooks Pencangkuk (?)
Incrementally Secara berperingkat
Install Pasang
Instance Tika (?)
Interface Antara muka
Lifecycle Kitaran hidup
Lifecycle hooks Pencangkuk kitaran hidup
Mounted Dipasang
Packages Bungkusan
Playground Tapak Percubaan
Production Pengeluaran
Properties/Property Sifat
Reactive Reaktif
Reactivity Kereaktifan
Rendering Kemas gabung
Shipping Melayari
State Keadaan (?)
Syntax Sintaks
Template (?)
Tooling Peralatan
Unmounted Dicabut
Updated Dikemaskini
User interface Antara muka pengguna
khairulhaaziq commented 1 year ago

Ada projek2 terjemahan lain kedalam Bahasa Melayu yang saya boleh refer?

mujahidfa commented 1 year ago

Ada projek2 terjemahan lain kedalam Bahasa Melayu yang saya boleh refer?

@khairulhaaziq Malangnya saya tak terjumpa pula projek terjemahan BM open source macam ni 😅. Kalau ada jumpa dipersilakan untuk share kat sini. Buat masa sekarang, boleh rujuk terjemahan Introduction yang saya tulis sebagai rujukan asas.