samudradev / samudra

Aplikasi ringkas mengurus istilah
https://samudradev.github.io/samudra/
7 stars 2 forks source link

Export jadi gambar #4

Open Thaza-Kun opened 2 years ago

Thaza-Kun commented 2 years ago

Export maklumat lemma, maksud2nya serta metadata terpilih menjadi gambar supaya mudah dikongsi ke tempat lain.

afiqzx commented 2 years ago

Boleh guna ffmpeg? Nampaknya pembangunan agak aktif. Tapi, ffmpeg lebih berfokus kepada penyuntingan video. (Boleh juga digunakan untuk gambar)

Thaza-Kun commented 2 years ago

FFMPEG lebih menumpu ke arah video. Risau kalau ada banyak benda yang tidak diperlukan.

Pakej yg popular untuk imej dalam Python ialah Pillow. Mungkin boleh tengok itu atau alternatif lain kalau tahu.

Thaza-Kun commented 2 years ago

Salam @afiqzx, boleh saya tahu perkembangan fitur ini? Adakah tuan sedang mengerjakannya atau tidak? Boleh tahu setakat mana sudah dibangunkan kalau ya?

afiqzx commented 2 years ago

Maaf, saya sedang fokus pada projek sumber terbuka yang lain. Lagipun, saya sedang berehat sekarang kerana dapat covid-19.

Thaza-Kun commented 2 years ago

Baiklah. Terima kasih atas makluman. Nanti bolehlah maklumkan jika sudah bersedia mahu bangunkan fitur ini sementara saya tumpu ke bahagian lain.