Dev4w4n / e-masjid.my

E-Masjid.My - Sistem Pengurusan Masjid Sumber Terbuka (Open Source)
https://www.e-masjid.my
MIT License
80 stars 37 forks source link

en

E-Masjid.My

E-Masjid.My

Sistem masjid untuk semua

E-Masjid.My ialah sebuah sistem pengurusan masjid percuma dan sumber terbuka (lesen MIT)


Demo Langsung


Falsafah ===== Matlamat-matlamat utama sistem ini ialah seperti berikut. **Mudah untuk digunakan** - Bukan semua orang pakar IT. Mereka bentuk sebuah sistem untuk orang bukan IT memerlukan pertimbangan yang teliti. **Masa untuk menggunakan kemahiran IT untuk berbuat kebaikan** - Sumber terbuka ialah suatu bentuk sedekah — sesuatu yang dituntut dalam Islam. **Jangka hayat yang panjang** - Syarikat pengehosan/teknologi mungkin mati tetapi kami berharap dengan menyerahkan projek ini secara sumber terbuka, projek ini dapat hidup lebih lama demi ummah. **Beri, bukan ambil** - Kita sepatutnya menyumbang kepada komuniti Muslim, terutamanya masjid dan bukan mengambil manfaat daripada mereka. ## Prasyarat 1. GIT https://www.git-scm.com/downloads 2. Docker Desktop https://docs.docker.com/get-docker/ 3. Node 20 https://nodejs.org/en/download 4. Go https://go.dev/dl/ 5. VSCode https://code.visualstudio.com/download ## Keperluan Minimum Sistem untuk tujuan Pembangunan Sistem 1. Pemproses: 1.6 GHz atau lebih pantas 2. Memori: 8 GB RAM atau lebih tinggi ## Panduan permulaan pantas (Docker compose) ### Fork repo ini 1. *Fork* repo ini ke akaun Github anda, contoh `https://github.com//e-masjid.my`, dengan menekan butang *Fork* di bahagian atas sebelah kanan laman web ini. 2. Setelah selesai *Fork*, *klon* repo ini ke komputer anda. ``` git clone https://github.com//e-masjid.my.git ``` 3. Setelah selesai *klon*, navigasi ke *folder* e-masjid.my. ``` cd e-masjid.my ``` 4. Ikut arahan seterusnya seperti di bawah bergantung kepada sistem pengoperasian komputer anda. ### Linux ``` sh run-dev.sh ``` ### Windows - Gunakan terminal Git Bash di VSCode ``` sh run-dev.sh ``` Skrip ini akan membina semua API secara automatik dan melaksanakan arahan docker-compose yang akan menghidupkan 6 *container* untuk persekitaran pembangunan. Apabila kesemua *container* telah hidup, anda boleh menghentikan mana-mana *container* yang tidak diperlukan dalam tugasan anda. ## Panduan untuk menyumbang *Fork* repo ini dan hantar *Pull Request* anda. Kami mahu input anda! Kami ingin menjadikan penyumbangan kepada projek mudah dan telus, sama ada dengan: - Melaporkan pepijat - Menghantar pembetulan - Mencadangkan ciri baru - Menambah baik ciri - Dokumentasi - Ujian unit Atau anda ingin berbual dengan kami, cari kami di [Discord](https://discord.gg/k2zGpWTDpe).