fakhrullah / nasihati

Web yang tunjuk terjemahan petikan dari Quran dan Hadis
4 stars 4 forks source link

Standard - JavaScript Style Guide

Looking for sponsor for server about RM 500 per year

Nasihati

Sebuah web yang memaparkan petikan terjemahan quran dan hadis.

Pra-lihat

nasihatpreview

Gambar dihasilkan menggunakan web Am I Responsive

demo

Asal nasihat web yang ditulis balik dengan nodejs dan mongodb. Sebabnya, sistem pengaturcaraan modular dalam node js ni dapat mengurangkan kod, lalu memudahkan pengurusan.

Untuk repo sebelum ini pun saya dah beritahu, web sekecil nasihat, sepatutnya dibina menggunakan Lumen bukan Laravel.

Jadi tulis semula nasihat guna node.js, Express js dan MongoDB adalah satu tindakan terbaik dan bijak.

Sumbangan

Saya menulis segala perkara yang nak dibuat dalam nasihat.todo. Sesiapa yang berminat nak menyumbang boleh tengok fail tersebut.

Selain itu, anda boleh tolong menyelesaikan isu-isu (issue) sekiranya ada.

Untuk menggalakkan orang-orang baru dan yang belum selesa dengan github, saya akan labelkan isu-isu dengan label senang. Jadi kalau anda masih takut-takut nak menyumbang, tolong selesaikan isu label senang je dulu.

Cara pasang (install)

Pastikan anda dah install node.js dan mongoDB. Semak dah install ke belum, node --version dan mongo --version.

  1. Muatturun projek ni.

    git clone https://github.com/fakhrullah/nasihati
  2. Pasang semua dependencies projek.

    cd nasihati/
    npm install
  3. Sediakan tetapan fail config.js untuk run di pc anda. Tetapan ini penting untuk mengelakkan web ni run pada port yang sama.

    cp config.sample.js config.js

    Kemudian sunting config.js ikut kesesuaian sendiri.

  4. Sediakan data asas untuk MongoDB. Fail nasihat.json ada dalam root projek direktori. Kalau tak de, git pull yang terbaru.

    mongoimport --db nasihat --collection nasihats --type json --file nasihat.json
  5. Mulakan web.

    node app.js

License

Copyright 2016 Fakhrullah Padzil. Licensed under the MIT License.